Saturday, 20 April 2024
Kampung Compass Points Letters Sehari di Trafalgar Square, London
Sehari di Trafalgar Square, London PDF Print E-mail
Written by A Worried Student   
Wednesday, 28 July 2010 00:00
TAGS:GMI|No2ISA

1st August 2010 marks half a century of existence of the Internal Security Act. (ISA). Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) and Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) invite all concerned citizens to a candle light vigil in conjunction with 50 years of ISA on 1st August 2010 at several locations all over Malaysia.

 

Picture by Danny Lim


No2ISA_London

 

Beberapa minggu yang lepas, pada suatu tengah hari yang sejuk, kelabu dan basah, aku mengikuti protes anti-ISA di Trafalgar Square, London yang telah dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA-UK. Kurang dari 25 orang yang hadir, tetapi nombor yang sedikit ditebus dengan hati-hati yang tegar dan berapi-api. Mereka sengaja memilih lokasi demonstrasi di hadapan bangunan “Tourism Malaysia,” mungkin untuk mempromosikan Malaysia sebagai Negara yang patut menjadi tempat tuju aktivis-aktivis Britain kerana rekod hak asasinya yang cukup menarik. Dan tidak, Raja Petra tak ada pada masa itu. Cukuplah dia disumbatkan dalam Kamunting dahulu, berilah dia peluang untuk duduk di rumah.


Dengan berbekalkan beberapa poster, banner, sebuah alat pembesar suara, gitar, 'flyers' dan jiwa-jiwa yang penuh semangat, mereka memulakan protes mereka di tempat yang telah sedia dipagarkan di Trafalgar Square. Dengan itu, mereka pun bermulalah. Laungan “Stop the ISA!” dan “Stop human rights abuses in Malaysia!” kedengaran terngiang-ngiang di udara. Ramai yang lalu-lalang di kawasan protes tersebut, sesetengah dengan mata penuh curiga dan sesetengah lagi mengejar waktu yang tiada kompromi.


Kemudian acara diteruskan dengan seorang hadirin memetik gitar akustiknya dan menyanyi lagu-lagu protes ala Bob Dylan dengan tajuk-tajuk seperti “Kami Takkan Diam” dan “I Didn’t Speak Up”. Pening kepala omputih mendengar lagu yang dinyanyikan dalam bahasa melayu. Eh, maaf, bahasa Malaysia. Tetapi tetap ada antara mereka yang lalu-lalang mengangkat ibu jari mereka dengan tinggi, tanda sokongan terhadap perjuangan kami.


Puisi dan sajak juga telah dideklamasikan oleh dua orang hadirin di situ. Anehnya, kemerduan kata-kata puitis dan alunan lagu-lagu yang dinyanyikan, seperti lebih manis apabila didengarkan sewaktu dikelilingi beribu orang di tengah kota metropolitan yang penuh sejarah ini. Aku terasa getaran di kaki lima London. Rakyat Malaysia yang berada di UK ini sanggup menggunakan hari sabtu mereka untuk menunjukkan solidariti bersama mereka yang ditahan bawah ISA dan rakyat di Malaysia yang menentang akta yang ketinggalan zaman ini.


Tapi, korang rasa tak ada benda yang kurang? Ada yang tidak kena di sini. Aku tetiba terasa kekosongan ini pada waktu rehat kami. Tapi, apa ya? Sedetik selepas soalan itu timbul di dalam otak aku, terus ternampak jawapan aku. Itu dia, polis mai juga! Barulah terasakan at home.


Anggota polis itu keluar daripada kereta polisnya dan menghampiri kami dengan….senyuman. Oh, kau senyum ya, pandai kau cover. Aku kemudian pandang kiri dan kanan dengan gaya perfileman Guy Ritchie, menantikan anggota-anggota lain melompat keluar dari kereta lain dan di sebalik selekoh, berperisai dan memegang baton dengan berlatarbelakangkan bunyi siren dan lagu drum n’ bass.


Eh, tak ada pula. Tak mengapa, aku tunggu beberapa minit lagi sambil memerhatikan anggota polis yang berseorangan ini. Dia berjalan dengan gaya cool-nya, perlahan-lahan ke arah ketua protes kami dan dia membuka mulutnya, dan terdengar kata-kata keramat, “Hi there!” Apa?! Diikuti dengan “Is everything alright?” Dia menyindir kita dengan sopan-santunnya. Lalu dia menggerakkan tangan kanannya ke belakang badannya. Haa! Ini mesti nak ambil baton atau notis arahan untuk beredar! Tetapi dia hanya mengeluarkan buku nota buruknya yang masih kosong dan sebatang pen untuk mencatit dan terus membuka mulutnya lagi “How long do you plan to be here and how many people are you expecting?” Haram jadah! Buku nota kosong?! Pen?!


Kemudian dia berterima kasih dan terus beredar. Lawak apa yang polis kat negara ni sedang lakukan? Muka aku pada waktu itu serupa A.R. Tompel dalam Do Re Mi sewaktu dia sedang berfikir. Disertai dengan mulut yang ternganga luas. Rupa-rupanya terlalu senang untuk mengadakan suatu program tunjuk perasaan di UK ini. E-mel saja notis kepada pihak polis dan semuanya akan berjalan dengan lancar. Polis akan siap melindungi mereka yang berdemonstrasi. Pada waktu anggota polis itu sedang beredar, aku dah tak tahan lagi. Aku rasa hendak menjerit saja padanya “Paling kurang pun, rampaslah banner kami!!!” Tapi tak menjadi, takut dipandang sebagai Mat Melayu jakun yang sesat di London.


Selepas insiden tersebut, aku mula menyoal segala kepercayaan aku terhadap pihak polis. Bayangkan pula kalau Malaysia sampai ke tahap kematangan ini. Dalam filem pun tak macam ni. Ah! Jangan endah semua tu! Apa punya negara yang membenarkan bukan hanya rakyat, tetapi semua orang di negara itu menunjukkan perasaan mereka dengan terbuka sekali?! Sudahlah! Aku rindu FRU, trak-trak gergasi, kenyaringan siren, penahanan seperti penjenayah dan tanahairku di mana gas pemedih mata dan air berasid disemburkan tanpa diskriminasi terhadap semua orang yang berada di kawasan demonstrasi dengan penuh rasa kasih sayang. Barulah Biro Bantuan Guaman kita ada kerja sikit pada hari demo. Aku mahu pulang.


Omputih ni semua langsung tak macho.

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
lolita quarantasei |2010-07-29 12:42:47
u know what they said, ACAB all cops are bastards
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.