Thursday, 28 March 2024
Kampung Compass Points Current Affairs 'Tubuh Jawatankuasa Siasatan Bebas, Menyiasat Penyelewengan SPRM Secara Menyeluruh'
'Tubuh Jawatankuasa Siasatan Bebas, Menyiasat Penyelewengan SPRM Secara Menyeluruh' PDF Print E-mail
Tuesday, 07 June 2011 23:49

rciwatch-tbhKES kematian Ahmad Sharbani sudah berlaku dua bulan, tetapi tiada sebarang perkembangan dalam siasatan dan penangkapan pembunuh, sehingga sekarang masyarakat kita belum terima apa jua jawapan yang memuaskan. Ini menunjukkan pasukan polis langsung tidak cekap dan tiada keberkesanan, bertentangan dengan slogan-slogan kerajaan yang mementingkan Indeks Prestasi Utama (KPI).

 

Ini amat jelas sekali dalam kes Teoh Beng Hock, di mana polis tidak mengumpul bukti secara teliti, pegawai siasatan tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mendalam kerana tidak dapat "arahan dari atasan". Sebaliknya, mereka berkecenderungan kepada tanggapan "bunuh diri", "mati mendadak" sebagai petunjuk siasatan, siasatan telah menjadi satu formality dan hilang makna sama sekali.


Kami berpendapat, pasukan polis adalah tidak independen dalam siasatan berhubung dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rakyat jelata mempunyai tanggapan negatif terhadap kedua-dua agensi penguatkuasa tersebut. SPRM sepatutnya menjalankan siasatan terhadap kes-kes rasuah atau penyelewengan anggota polis, polis juga seharusnya menyiasat setiap tuduhan salah guna kuasa terhadap SPRM.


Kami jarang dengar SPRM menyiasat dan berjaya mendakwa pemimpin tinggi pasukan polis, walaupun terdapat pelbagai dakwaan blogger terhadap bekas ketua polis negara, Musa Hassan, namun SPRM tidak pernah mengambil sebarang tindakan. Beberapa bulan lalu, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh mengumumkan bahawa pihak polis pernah menerima 59 aduan dari rakyat mengenai penyeksaan oleh SPRM dalam masa 5 tahun yang lalu, tetapi polis pula tidak menjalankan siasatan seperti yang tercatat dalam prosidur operasi umum. Demi membasmi kemungkinan kedua-dua agensi penguatkuasa ini saling menjaga kepentingan, kerajaan tidak sepatutnya menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak polis dalam siasatan berkait dengan SPRM.

 

Malaysians For Beng Hock menggesa kerajaan menggunakan segala saluran untuk menyiasat kematian Sharbani. Satu jawatankuasa bebas yang dipimpin oleh pemimpin hak asasi manusia, yang diyakini orang awam amat dikehendaki, kerajaan tidak patut menubuhkan inkues yang bertujuan untuk memanjangkan kes ini supaya ianya dilupai oleh rakyat.


Kami amat terkejut apabila isteri Sharbani berkata pegawai SPRM pernah memberitahu beliau "Bukan saya...orang saya", ini menunjukkan pegawai tersebut tahu siapakah bertanggungjawab ke atas kematian Sharbani. Bagaimanapun, Pengerusi SPRM Abu Kasim nampaknya tidak mengetahui dakwaan isteri Sharbani selepas laporan polis dibuat seminggu lalu. Abu Kasim sentiasa lambat mengambil tindakan terhadap banyak kes rasuah seperti dakwaan terhadap Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan Kilang Penja Kuasa Elektrik IPP, SPRM hanya akan bertindak selepas menerima kritikan dan tekanan masyarakat.


Selepas kes Teoh Beng Hock dan Sharbani, imej kurang upaya SPRM telah mendalami masyarakat, integritinya telah sampai takat meruntuh, jikalau Abu

Kassim tidak lagi mengkaji kelemahannya, memberi satu jawapan yang munasabah dalam kes kematian Sharbani, kerajaan Najib akan menjadi kerajaan yang paling bertolerasi kepada rasuah dan penyelewengan kuasa sehingga menyebabkan kematian.

 

Chong Kok Siong

Penyelaras

Malaysians For Beng Hock

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Tuesday, 07 June 2011 23:58
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.