Sunday, 19 November 2017
Kampung Compass Points Letters BERSIH 2.0: Siri Penyelewengan SPR
BERSIH 2.0: Siri Penyelewengan SPR PDF Print E-mail
Written by straits-mongrel   
Saturday, 13 August 2011 08:45

Bersih-2.01BERSIH 2.0 sangat kecewa dengan cara Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang terus mengambil pendekatan perselisihan melampau dan hilang upaya ke arah mereformasikan pilihanraya.


Kami telah menyatakan berulang kali bahawa matlamat Bersih 2.0 adalah untuk mencapai satu sistem pilihan raya yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia, bukannya bertujuan memburukkan mana-mana institusi atau mempromosikan apa jua agenda politik.


Oleh itu, BERSIH 2.0 amat dukacita melihat SPR terus membuat ulasan yang memudarkan semangat muafakat bekerjasama ke arah pilihan raya yang lebih bersih. Sebaliknya SPR ternyata lebih beria-ia mempertahankan parti pemerintah daripada para pesaingnya.


BERSIH 2.0 hanya berminat untuk melihat hasil daripada pilihan raya yang bersih. Sekiranya Barisan Nasional atau mana-mana parti memenangi melalui pilihan raya yang bersih dan adil, maka matlamat kami telahpun tercapai.


Kami berpendapat bahawa SPR dan Datuk Wira Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi-institusi awam dan bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik. Ulasan terkini yang dibuatnya mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat “non-partisan” SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai. Membuat kritikan politik merupakan tugas seorang Timbalan Pengerusi sebuah parti politik berbanding dengan tugas yang sepatutnya sebagai seorang Timbalan Pengerusi SPR.


BERSIH 2.0 berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar yang dihadapi daftar pemilih dalam penemuan baru-baru ini seperti “Skandal Mismah” yang telah mendedahkan perkembangan yang membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya. Masalah-masalah daftar pemilih lain termasuk kejadian pengundi bernama “Kg Baru”, penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya. SPR sepatutnya memberi perhatian untuk membetulkan masalah ini dengan segera dan bukannya mempertahankan serta menjadikan perkara-perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak.


Mengenai isu pengesahan biometrik, kami menganggap hal ini sebagai serius memandangkan laporan terkini bahawa pihak polis sedang menyiasat penyelewengan sistem biometrik yang digunakan untuk mendokumen para pekerja asing. Lebih tepat lagi, ianya merupakan kelemahan dan kesalahan yang akan membolehkan penipuan pilihanraya secara besar-besaran sekiraya hanya sistem biometrik sahaja yang digunakan untuk mencegah pengundi hantu. Kami masih belum mendengar hujah-hujah meyakinkan tentang kenapa kaedah dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan lebih berkesan tidak patut dipakai.


Kenyataan Datuk Wira Wan Ahmad bahawa semua parti-parti politik mempunyai akses yang samarata kepada media dikeluarkan tanpa sebarang penelitian rapi. Perbandingan penerbitan parti yang sangat terhad edarannya dengan akhbar-akhbar nasional dan khidmat penyiaran kebangsaan yang dikawal parti pemerintah adalah amat mengelirukan. Kenyataan bahawa parti-parti pembangkang “memiliki media baru” juga tersasar daripada pokok permasalahannya. Malaysia yang kami hasratkan adalah di mana kesemua parti-parti politik daripada kedua-dua belah pihak memiliki hak yang sama terhadap kesemua jenis media, tanpa ada pengecualian. Bukan semata-mata hanya satu-satu parti politik saja yang berhak terhadap satu-satu jenis media.


Akhir sekali, BERSIH 2.0 sepenuhnya menolak apa sahaja perbandingan perhimpunan aman 9 Julai di Kuala Lumpur dengan rusuhan di UK. Meskipun dengan tindakan keras pihak polis, berbagai rakaman video dan pengakuan saksi yang tidak terkira ramainya telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa rakyat Malaysia benar-benar mampu untuk berhimpun secara aman selari dengan hak-hak perlembagaan kita untuk sama-sama menuntut sebuah negara yang lebih demokratik dan sihat.


BERSIH 2.0 sentiasa bercita-cita agar dapat bekerjasama dengan semua institusi kerajaan dan pemimpin-pemimpin politik tanpa mengira wadah mereka untuk bersama-sama menubuhkan Malaysia yang lebih baik. Kami berharap pertengkaran kecil dan kedangkalan alasan sekarang ini dapat digantikan dengan sikap yang ikhlas, berfikiran terbuka dan bekerjasama dalam semangat cintakan tanah air.


Yang benar,


Jawatankuasa Pepandu

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

 

Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0 terdiri daripada:


Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

 

 

---------------------------------

 

 

Press Statement: 12 August 2011

BERSIH 2.0: SPR Series of Untruths

 

BERSIH 2.0 is disappointed in the manner in which Elections Commission (EC) Deputy Chairperson Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar continues to take an approach to electoral reform that is excessively confrontational and unproductive.

 

We have stated repeatedly that BERSIH 2.0's goal is to achieve a clean and fair electoral system for all Malaysians, not to demonise any institution or promote any political agenda whatsoever.

 

It is thus distressing that the EC continues to make comments that are less in the spirit of working together towards cleaner elections and more in the spirit of defending an incumbent party against contenders.

 

The only electoral result BERSIH 2.0 is interested in is a clean one. Should Barisan Nasional or any other party win a clean and fair election, then our goals will have been achieved.

 

We are of the view that Datuk Wira Wan Ahmad and the EC should thus focus their attention on engaging with civil society to improve public institutions instead of engaging in a war of words with political parties. Recent comments that have been made threaten the public image of impartiality that the EC needs to have to maintain public confidence. It is more the job of the Deputy Chairman of a political party to make political criticisms than it is the Deputy Chairman of the EC.


We had hoped that the EC could instead direct its energies to solving the massive problems facing the electoral roll that have recently been uncovered.

 

"Mismah-gate" has revealed an alarming trend regarding the granting of voting rights to individuals whose citizenship is suspect, as has incidences such as voters named "Kg Baru", serious irregularities regarding duplicate voters as well as overcrowded addresses, and so on. Surely the EC could focus on fixing these problems promptly instead of being defensive and making these issues political when they in fact affect the integrity of all.

 

On the issue of biometric verification, we view with grave seriousness recent reports that the police are investigating the tampering of the biometric system used to document migrant workers. This is exactly the type of systematic irregularity and vulnerability that can lead to massive electoral fraud should a biometric system alone be used to protect against phantom voters. We have yet to hear convincing arguments as to why the cheaper, simpler and more effective method of indelible ink should not be adopted.


Datuk Wira Wan Ahmad's statement that all political parties have equal access to the media also requires scrutiny. Comparing party publications that have extremely limited circulations to national dailies and national broadcast services that are controlled by the ruling party is entirely misleading. Statements that opposition parties "have new media" also completely miss the point. The Malaysia we want is not one where certain parties only have access to certain types of media and not others, but one where all political parties on both sides of the divide have equal access to all types of media, bar none.


Lastly, BERSIH 2.0 completely rejects any comparison of the July 9th peaceful gathering in Kuala Lumpur to the riots in the UK. Despite extremely heavy handed police action, multiple videos and innumerable eyewitness accounts from July 9th all proved beyond any doubt that Malaysians are completely capable of assembling peacefully in accordance with our constitutional rights to together call for a healthier, more democratic nation.

 

BERSIH 2.0 has always aspired to work with all government institutions and political leaders irrespective of their affiliations, to together build a better Malaysia. We hope that the current low brow, petty bickering will be replaced by a sincere, open minded attitude of patriotic cooperation.

 

Released by,

 

Steering Committee

Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0)

 

BERSIH 2.0 Steering Committee comprises of:

 

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

 


Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Saturday, 13 August 2011 08:54
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.