Friday, 29 March 2024
Kampung Compass Points Current Affairs Samseng serang ABU, seorang cedera dibelasah
Samseng serang ABU, seorang cedera dibelasah PDF Print E-mail
Monday, 23 January 2012 00:01

Oleh Helen Ang

(helenang.wordress.com)


Dalam rakaman kekecohan di sebuah ceramah ‘Tamatkan Rejim Umno/BN’ semalam, kedengaran seorang Mat Rempit menengking orang kaum India dan berkali-kali menggertak “berambus”.


“Tak bagi can (chance) kat dia orang ni, bangsat nak hidup senang kat sini …” –(saya tak berapa dengar apa yang diteriak seterusnya dalam bibit ini) – “mampus bagi semua orang”.


W. Sambulingam, penyelenggara kebangsaan Hindraf, memberitahu saya bahawa kumpulan Mat Rempit itu telah menyuruh orang Melayu keluar dewan supaya mereka boleh “ajar Keling”, iaitu penyokong Hindraf yang hadir ceramah.


Acara ABU-Asal Bukan Umno tersebut terpaksa dibatalkan gara-gara tindakan menggempur oleh samseng di dewan serbaguna MBSA di Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam.


FMT melaporkan bahawa  kira-kira 30 orang Mat Rempit menggertak dengan menggunakan kayu dan topi keledar. Dalam laporan Mob disrupts ABU/Hindraf event, one hurt, portal berita itu berkata Mat Rempit-Mat Rempit telah merempuh kerusi di dewan dengan motosikal mereka (tengok video).


Mereka kelihatan menendang kerusi dan mengangkat perkakas itu seolah-olah mahu menghentam kepala orang dengan kerusi.


http://www.malaysiakini.tv/video/22977/abu-hindraf-ceramah-attacked.html


[Kemaskini: Saya ganti video asal dengan versi baru Malaysiakini TV yang lebih tajam imej dan audionya. Video FMT (ruj. komen pembaca Nik di bawah) yang saya muat turunkan pada awalnya ada di SINI.]


E. Nalini, pengarah eksekutif Suaram, menceritakan  bahawa belia-belia yang menimbulkan huru-hara itu memakai kemeja-T yang berlambangkan logo BN dan Umno.


“As we were driving to the hall, there were about six or seven men beating up a boy with sticks,” kata Nalini kepada Malaysiakini.


nalini

Malaysiakini.com

Gangguan berlaku pada sekitar pukul 9.15 malam di dewan yang ketika itu suku penuh. Yang hadir terdiri daripada ahli-ahli Hindraf dan PAS serta penyokong-penyokong Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).*


Sambulingam telah dijemput untuk memberi taklimat; penceramah lain ialah Mat Sabu, Chegubard dan Haris Ibrahim.


Seorang yang dikenali sebagai Krishnan, 33, nampaknya tidak sedar selepas ditumbuk (khabarnya).


abufmt

freemalaysiatoday.com

Seorang dimasukkan ke hospital kerana cedera dipukul — mungkin ‘remaja’ yang dimaksudkan Nalini tadi. (Atau mungkin dia Krishan; butir-butir kejadian masih samar.)


Sambulingam berkata lebih kurang 300 orang Melayu yang membantah kempen ABU telah berkumpul di seberang jalan di luar dewan. Beliau berpendapat anggota polis (kira-kira 4 orang) yang sampai di tempat kejadian tidak mencukupi untuk mengawal keadaan.


Tambah Sambulingam mujurlah orang PAS ada beramai-ramai untuk mengiringi para hadirin meninggalkan dewan dengan selamat.


Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah nampaknya mengambil ringan serangan tersebut (baca FMT).


Tun Hisan juga dipetik Malaysiakini sebagai berkata:


“Nothing happened, the residents were unhappy, that’s all. No BN or Umno supporters who disturbed them. No police reports were lodged, not even by the victim who was said to be injured.”

 

Ulasan saya:

1. Syabas kepada orang PAS yang tidak meninggalkan dewan seperti yang diarah oleh samseng.


2. Tun Hisan cakap acuh tak acuh dan tidak berlogik — mangsa masih di hospital menjalani CT scan tetapi ketua polis boleh kata orang yang dipukul tidak membuat repot. Harus polis menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum Tun Hisan memberi komennya.


3. Orang Hindu-Tamil yang pengikut Hindraf bukannya “hidup senang” seperti didakwa Mat Rempit itu. Mereka sebenarnya hidup susah!

Yang hidup tak susah berasal dari golongan profesional (doktor, loyar) yang mungkin bertutur bahasa Inggeris dan menganut agama Kristian. Terdapat jurang kelas di dalam masyarakat India itu sendiri.


4. Orang India miskin mesti dibawa masuk arus perdana dan bukannya dipinggirkan atau dikambing-hitamkan dalam usaha mencari gaduh seperti yang berlaku dalam kejadian semalam.


5. Mat Sabu, Chegubard dan Haris diundang berceramah. Mereka Melayu. ABU disokong orang Melayu, pribumi Sabah dan Sarawak, dan orang Cina selain India. Kenapa pula orang India sengaja disasarkan untuk “diberi pengajaran”?

Serangan tersebut ialah cubaan untuk menimbulkan persengketaan berciri perkauman supaya momentum ABU boleh ditumpulkan dengan menakut-nakutkan masyarakat Melayu.


6. Sama ada kita menyokong, menentang atau enggan mengendahkan ABU, namun ceramah semalam hanyalah kegiatan mengeluarkan air liur yang tidak mempromosi keganasan. Pihak yang mendalangi serangan tersebut nyata kurang matang dalam adab berpolitik.


Kemaskini: Polis dikhabarkan hanya sampai di tempat kejadian 10 minit selepas Mat Rempit-Mat Rempit itu beredar walaupun polis mengetahui ceramah tersebut telah dirancang untuk berlangsung.


Mutakhir: Keterangan Chegubard di FMT (Jan 22)


* SABM ialah gerakan sukarelawan anti-rasis yang diilhamkan aktivis peguam Haris Ibrahim. Haris juga mempelopori ABU.


Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Monday, 23 January 2012 00:27
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.