Monday, 20 November 2017
Kampung GBM Charter Piagam GBM
Piagam GBM PDF Print E-mail
Thursday, 26 January 2012 12:18

gbm

GABUNGAN BERTINDAK MALAYSIA (GBM)

Membina sebuah negara Malaysia yang lebih Unggul

 

Pendahuluan

 

Semenjak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, negara telah berkembang menjadi sebuah negara pelbagai etnik yang dinamik dengan kemajuan di dalam banyak bidang.

 

Kami menghargai pengorbanan, toleransi dan tolak ansur semua komuniti dalam fasa pengasasan negara hingga membuahkan kestabilan, kemajuan dan keamanan.

 

Untuk masa hadapan negara hendaklah mengejar cita-cita memajukan insan berlandaskan prinsip-prinsip keamanan, keadilan dan kebebasan yang melangkaui batas-batas ethnik, warna kulit atau kepercayaan.

 

Di atas nikmat kebebasan asas yang termaktub di dalam perlembagaan, kami bertekad mewujudkan negara yang inklusif berasaskan keadilan.

 

Iltizam

 

Kami beriltizam untuk bekerjasama membawa pembaharuan dan pembaikan dalam bidang-bidang berikut:

 

1. Tadbir

Urus Baik Mempromosi pengawasan yang baik, integriti, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam sektor awam dan swasta serta masyarakat madani. Memastikan toleransi sifar terhadap rasuah.

 

2 . Politik

Politik hendaklah dilihat sebagai khidmat untuk negara dan rakyat. Mereka yang berkuasa mestilah dilantik melalui pilihan raya yang bersih, bebas dan adil oleh pengundi yang berpengetahuan. Pemisahan yang tegas di antara parti dan kerajaan hendaklah diamalkan.

 

3 . Badan Kehakiman

Kebebasan penuh badan kehakiman amat penting untuk menjamin keadilan.

 

4. Federalisme

Kuasa politik dan ekonomi dipencarkan supaya negeri-negeri mempunyai autonomi dan kawalan yang lebih ke atas sumber-sumbernya.

 

5. Kerajaan Tempatan

Demokrasi diperluas ke semua peringkat termasuk pilihan raya untuk badan berkuasa tempatan, mukim dan kampung.

 

6 . Perkhidmatan Awam

Perkhidmatan Awam hendaklah diberikan dengan penuh integriti, profesionalisme, dan kecekapan hingga dihormati dan dipercayai oleh rakyat.

 

7 . Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi hendaklah mengutamakan rakyat daripada keuntungan dan hendaklah lestari alam sekitar. Pengagihan kekayaan yang saksama untuk membanteras kemiskinan dan menjaga kebajikan rakyat. Sebarang langkah affirmative hendaklah berdasarkan keperluan dan bukan latar belakang ethnik.

 

8 . Alam Sekitar

Berjuang ke arah sebuah masyarakat yang harmoni dengan alam semula jadi di mana terdapat keadilan persekitaran untuk semua. Mempromosikan pembangunan yang adil dari sudut sosial, berdaya saing dari sudut ekonomi dan lestari dari sudut ekologi.

 

9 . Pendidikan

Menegaskan semula keperluan satu sistem pendidikan holistik yang melahirkan rakyat berpengetahuan dan berhemah tinggi. Menjamin pendidikan dalam bahasa ibunda dan memberi layanan yang adil lagi saksama kepada sekolah-sekolah semua aliran bahasa dalam sistem pendidikan nasional.

 

10. Hak Wanita

Menegakkan keadilan gender bersandarkan ketetapan antarabangsa yang memberi persamaan substantif kepada wanita serta peluang dan ruang penglibatan dalam pembangunan negara dengan menghapuskan diskriminasi dan prejudis.

 

11. Hak Orang Asli

Mengiktiraf hak orang asli ke atas tanah dan sumber-sumbernya serta memastikan mereka mengamalkan budaya mereka dengan bebas.


12. Kebudayaan

Menghormati kepelbagaian budaya dan menggalakkan interaksi silang budaya.

 

13. Agama

Menegakkan kebebasan untuk mengamalkan agama seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Mempromosi persefahaman dan keharmonian di kalangan penganut agama.

 

14. Media

Meningkatkan kebebasan media di mana ia tidak dibelengu oleh pengawalan berlebihan. Perspektif yang bertanggungjawab dan pelbagai mesti dibenarkan untuk siaran. Kebebasan bersuara dan kebebasan memperoleh dan menyiar maklumat hendaklah dijamin.

 

15. Perpaduan Nasional

Perpaduan nasional hendaklah disandarkan kepada sifat majmuk masyarakat kita dan dibentuk melalui amalan prinsip persamaan di atas semangat muhibbah yang sebenar, saling hormat-menghormati dan saling memahami.

 

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) adalah terdiri daripada organisasi seperti berikut:


 

    Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
    Aliran Tamil Foundation
    Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
    Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Krisitian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMAM)
    Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
    Penang Chinese Town Hall (PGCTH)
    The Federation of Chinese Associations Johore State (FCAJ)
    Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG)
    United Chinese School Alumni Association of Malaysia (UCSAAM)
    Muslim Professionals Forum (MPF)
    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
    Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
    Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
    Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas)
    Centre of Policy Initiative (CPI)
    National Interlok Action Team (NIAT)

 

People’s Green Coalition (PGC)

Anak Muda Sarawak (AMS)

All Women’s Action Society (AWAM)

Partners in Community Organising (Pacos Trust)

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Thursday, 26 January 2012 12:42
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.