Friday, 24 November 2017
Kampung Compass Points Letters GBM: Statement on 13th General Elections
GBM: Statement on 13th General Elections PDF Print E-mail
Written by straits-mongrel   
Wednesday, 06 March 2013 10:46

gbm-logo

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) adalah gabungan dua puluh lima (25) buah Badan-badan Bukan Kerajaan berbagai ethnik dan agama, tidak memihak dan bertekad untuk membangun Malaysia yang lebih baik.

 

Memandangkan PRU 13 adalah persimpangan bersejarah dalam perjalanan negara kita menuju penghayatan demokrasi yang teguh dan matang; Kami menyeru semua parti-parti politik agar:

 

i. menghormati hasrat rakyat mahukan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih yang mematuhi prinsip-prinsip dan proses demokrasi;

ii. berkempen berasaskan polisi dan program yang bermanfaat kepada rakyat dan negara dan bukan berasaskan kutuk-mengutuk;

iii. berjanji untuk tidak memutarbelit isu-isu berkaitan agama, kaum, kecenderungan seksual dan kepercayaan; dan

iv. mengutuk dan menghindar dari melakukan sebarang tindakan keganasan politik.

 

Kami menyeru semua institusi kerajaan agar:


i. berpegang teguh kepada prinsip tidak memihak dan neutral seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan;

ii. menyelia dan menjalankan pilihanraya secara bebas dan tidak memihak seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan dan Undang-undang yang berkuatkuasa (Suruhanjaya Pilihan Raya);

iii. mengamalkan piawai profesionalisme yang tertinggi dalam menguruskan urusan negara semasa fasa “kerajaan interim” dan dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya menguruskan proses pilihanraya (Perkhimatan Awam dan Pasukan Keselamatan);

iv. berpegang teguh kepada prinsip pemisahan kuasa dan keadilan di dalam mengadili keskes berkaitan pelaksanaan dan keputusan pilihanraya;

v. menghormati keputusan pilihan yang dibuat oleh rakyat dan memastikan perpindahan kuasa yang aman pasca PRU 13. Pembentukkan kerajaan baru hendaklah menurut semangat dan matan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri masing-masing.

 

Kami menyeru media cetak dan elektronik agar melaporkan pilihanraya dengan adil dan bertanggungjawab serta berpegang teguh kepada piawai kewartawanan tertinggi sebagai mana yang dikehendaki oleh tatalaku profesion pengamal media.


Kami menggesa rakyat menggunakan hak yang diberi oleh perlembagaan untuk mengundi secara bertanggungjawab, serta menerima keputusan majoriti seperti yang ditetapkan di bawah sistem demokrasi berparlimen kita.

 

Memandangkan kesangsian yang timbul dari Siasatan Suruhanjaya Diraja di Sabah, kami menggesa SPR untuk mengundang pemantau pilihanraya yang ditauliahkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dan Komanwel. Kami percaya ini akan memulihkan keyakinan rakyat yang pilihanraya ini adalah bebas, adil dan bersih. Ia juga akan melonjakkan imej Malaysia dimata masyarakat antarabangsa.

 

Akhir sekali kami mengingatkan bahawa pengamalan demokrasi yang baik tidak berakhir pada hari mengundi. Rakyat mesti terus memainkan tanggungjawab menentukan masa depan kita. Kerajaan dan parti-parti politik mesti dituntut menepati janji-janji pilihanraya mereka. Sehubungan ini GBM menyeru agar semua pihak giat mengadakan syura supaya amalan demokrasi kita menjadi lebih mantap.


**********************

 

The Gabungan Bertindak Malaysia [GBM] a multi-ethnic, multi-faith, non-partisan Coalition of 25 NGOs is committed to the goal of Building a Better Malaysia.

Fully cognizant that the General Election 13 represents a historic crossroad in our Nation’s journey to become a viable and mature democratic polity;

We call upon all Political Parties:-


i. To respect the People's desire to have free, fair and clean elections and to uphold the principles and processes of democratic elections;

ii. To campaign on the basis of policies and programmes that will benefit the Rakyat and the Nation, and not on the basis of maligning each other;

iii. To pledge not to manipulate and exploit issues pertaining to religion, ethnicity, sexual orientation and creed; and

iv. To condemn and refrain from any acts of political violence.

 

We call upon all Institutions of State:-

 

i. To uphold the principles of impartiality and neutrality as enshrined in the Federal Constitution;

ii. To oversee and conduct the elections in an independent and non-partisan manner as prescribed by the Constitution and legislation in force (Election Commission);

iii. To adhere to the highest standards of professionalism in managing the affairs of the Nation during the ‘Interim government’ phase, and in assisting the Election Commission to manage the electoral processes (Public Services and Security Forces);

iv. To uphold the cardinal principle of separation of powers in adjudicating on cases pertaining to the conduct and outcomes of the elections, without fear or favour (Judiciary);

v. To respect the verdict of the People and to ensure a peaceful transfer of power post GE 13. The formation of a new government(s) must adhere to the spirit and letter of the Federal Constitution and respective State Constitutions.


We call upon the print and electronic Media to report on the elections in a fair and responsible manner and adhere to the highest standards of journalism as prescribed by the code of conduct of the profession.


We urge the People to exercise their constitutional right to vote responsibly, and to accept the verdict of the majority as prescribed under our system of parliamentary democracy.


Taking into cognisance, the doubts created in the minds of the people resulting from the on-going RCI hearings in Sabah, we call upon the EC to invite the United Nation and the Commonwealth accredited observers. We believe this will restore the confidence of the people in the free, fair and clean electoral process, as well as boost the image of Malaysia in the eyes of the world community.

Finally, we must be conscious that a functioning, viable democracy does not end with the election day. The people must take responsibility of our future and hold the government and political parties responsible to honour the promises made during the Elections. In this regard, GBM calls upon all stakeholders to engage in regular consultation to uphold our cherished democracy.

A) STATEMENT IN CHINESE (pdf)
B) STATEMENT IN TAMIL (pdf)
C) STATEMENT IN KADAZAN (pdf)

 

Senarai Keanggotaan GBM / List of GBM 25 Organisation members:


1) Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) 吉隆坡暨雪兰莪中华大会堂
2) Aliran 国民醒觉运动
3) Tamil Foundation 淡米尔基金会
4) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) 马来西亚回教革新理事会
5) Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Krisitian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMA-BKHST) 马来西亚五大宗教理事会
6) Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH) 森美兰中华大会堂
7) Penang Chinese Town Hall (PGCTH) 槟城华人大会堂
8) The Federation of Chinese Associations Johore State (FCAJ) 柔佛中华总会
9) Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG) 林连玉基金
10) United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM) 马来西亚华校校友会联合会总会
11) Muslim Professionals Forum (MPF) 穆斯林专业论坛
12) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 人民之声
13) Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) 社区传播中心
14) Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) 马来西亚之子
15) Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) 雪隆社区协会
16) National Indian Rights Action Team (NIAT) 全国印裔权益行动组织
17) People’s Green Coalition (PGC) 马来西亚人民绿色联盟
18) Anak Muda Sarawak (AMS) 砂拉越青年之子
19) All Women’s Action Society (AWAM) 妇女行动协会
20) Partners in Community Organising (Pacos Trust) 沙巴社区伙伴信托组织
21) Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia (Liu-Hua) 马来西亚留华同学会
22) Nanyang University Alumni Malaya (Nanda) 马来亚南大校友会
23) Japan Graduates Association, Malaysia (JAGAM) 马来西亚留日同学会
24) Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia (GPAUTM) 马来西亚留台校友会联合总会
25) Islamic Renaissance Front (IRF) 回教复兴前线组织


Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Wednesday, 06 March 2013 11:37
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.