Right 2 Truth : Justice for Anisah Print
Written by admin   
Monday, 22 March 2021 14:53

 

 

 

 

 

 

JUSTICE FOR ANISAH
Bermula dari 08.10.2016 hingga ke hari ini saya masih menanti akan KEADILAN bagi arwah mak saya Anisah Ali.
Anisah adalah seorang pegawai penguatkuasaan kastam kanan yang bertugas  di Rantau Panjang, Kelantan untuk mengekang aktiviti penyeludupan kontraband di sempadan tanah air.
Semasa bertugas di Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas, beliau dirempuh tonto pada awal pagi 7 Oktober 2016. Beliau meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Pihak berkuasa tidak menjalankan inkues terhadap kes ini. Ketua Tonto yang terlibat masih bebas ke sana sini. Menurut maklumat awam, dia masih menjalankan kegiatan penyeludupan.
Kes ini juga sudah beberapa kali diangkat sebagai salah satu isu baik di Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara.Namun segalanya hampa.
Di manakah integriti secara keseluruhan dalam usaha memastikan kes ini diadili dengan baik?
Sila menyertai forum “Hak kepada kebenaran : perkongsian keluarga-keluarga mangsa” pada 24hb Mac 2021 pada 8:30pm menerusi Zoom.
Sila daftar link di bawah:-
https://us02web.zoom.us/meeting/register/tZMvdumqpj4jE91B0KtFHqI3mPMF-Jx17rmG
Sila klik laman ini untuk mendapat maklumat lanjutan : https://www.facebook.com/events/898477634310416

 

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Tuesday, 23 March 2021 15:11