Sembang Kepolisan Siri II Kartel Polis: Apa Solusi? Print
Written by admin   
Wednesday, 07 April 2021 15:14

 

 

 

9 April 2021| JUMAAT | 8.30 Malam | FB LIVE SUARAM
Baru-baru ini kita digemparkan dengan pengumuman oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkenaan dengan sekumpulan pegawai polis yang cuba menyingkirkan beliau daripada jawatan. Beliau turut mengulas tentang keterlibatan sebahagian daripada anggota PDRM di dalam rangkaian kumpulan jenayah terancang.
Kami membawakan penganalisis jenayah Tuan Kamal Affandi dan Ahli Jawantankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Saudara Aruchelvan untuk membincangkan tentang isu kartel di dalam PDRM serta mengupas saranan daripada Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk meningkatkan operasi dan pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membaik pulih serta menyelesaikan masalah di dalam PDRM.
Ikuti siaran Fb live di halaman Facebook SUARAM dalam pautan bit.ly/forumkartelpolis untuk mengikuti dan bersama-sama mengambil bahagian dalam perbincangan tentang kepolisan negara.

 

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Wednesday, 07 April 2021 15:17