Kenyataan Media Penubuhan gabungan Pelan Bertindak Rakyat (TINDAK!) Isnin, 19 Julai 2021
Memandangkan keadaan Covid-19 yang semakin buruk di Malaysia, terutama di Lembah Klang, kami telah memutuskan untuk membentuk satu gabungan masyarakat madani yang atas nama Pelan Bertindak Rakyat (TINDAK!).
Tujuan gabungan ini adalah untuk menggerakkan sokongan besar-besaran untuk rangkaian Pelan Tindakan Kecemasan, terutama dalam sektor Kesihatan dan Ekonomi.
Pelan Tindakan Kecemasan ini disediakan oleh kelompok pakar berkenaan dasar yang bersifat bebas dengan rangka polisi terperinci yang perlu dilaksanakan segera dan tanpa penangguhan. (Pelan Tindakan Kecemasan Kesihatan diterbitkan pada pagi 19 Julai oleh Dato 'Dr Amar Singh-HSS, Dr Khor Swee Kheng, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, dan Dato' Dr Zainal Ariffin Omar, dan telah disahkan oleh pelbagai organisasi dan individu dalam sektor kesihatan.
Kegagalan melaksanakan polisi seperti ini akan mengakibatkan jumlah kematian meningkat dan kadar jangkitan Covid-19 yang lebih tinggi, serta memburukkan lagi isu kemelaratan hidup serta kesukaran ekonomi rakyat yang semakin mencanak.
Walaupun kita tidak perlu untuk menimbulkan rasa panik dan cemas, namun pihak pemerintah seolah tidak menaggapi masalah yang kita hadapi ini dengan serius.
Maka, sekiranya mereka tidak bertindak dalam keadaan penuh kewaspadaan dan serius, maka rakyat akan melakukan sesuatu untuk mereka berwaspada.
TINDAK! akan mengkaji Pelan Tindakan Kecemasan dan meringkaskan tuntutan utama yang dapat ditindak lanjut dari perancangan yang akan kami gerakkan menerusi sokongan massa.
Sebagai inisiatif akar umbi dari rakyat, keperihatinan kami adalah bagi memastikan keperihatinan dan suara semua rakyat didengar dengan kuat dan jelas, terutama suara semua petugas Barisan Hadapan Covid-19 yang semakin dibebani oleh wabak yang semakin buruk. Kita secara jelas memerlukan pendekatan menyeluruh masyarakat dan seharusnya memperakui tanggungjawab bersama untuk membawa penyelesaian menerusi pendekatan kepimpinan dari rakyat.
Sekiranya pihak berkuasa terus bertindak terlalu perlahan, kami akan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran (yang tidak melibatkan perhimpunan besar-besaran - fizikal, kerana keadaan Covid-19) untuk menekan pihak-pihak yang berkenaan untuk segera melaksanakan tuntutan tersebut.
Kami merancang untuk mengumumkan senarai tuntutan pada akhir minggu ini.
Media Statement
Forming the Pelan Bertindak Rakyat (TINDAK!) coalition
Monday, 19th July 2021
Given the worsening Covid-19 situation in Malaysia, especially in the Klang Valley, we have decided to form a civil society coalition called Pelan Bertindak Rakyat (TINDAK!).
The purpose of this coalition is to mobilise mass support for a series of Emergency Action Plans, especially in the Health and Economy sectors.
These Emergency Action Plans have been or will be written by independent policy experts, and feature detailed, highly specific policies that need to be implemented urgently and without delay. (The Health Emergency Action Plan was published on the morning of July 19th by Dato’ Dr Amar Singh-HSS, Dr Khor Swee Kheng, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, and Dato’ Dr Zainal Ariffin Omar, and has been endorsed by multiple organisations and individuals in the health sector.)
Failure to implement policies such as these will result in increased deaths and a higher infection rate of Covid-19, as well as increased hunger and extreme economic difficulty.
While we do not condone panic or undue alarmism, the authorities do not seem to be taking the magnitude of the problem we are facing nearly seriously enough. If they will not act on high alert, then the rakyat will put them on high alert.
TINDAK! will study the Emergency Action Plans and summarise key actionable demands from the Plans that we will mobilise mass support for.
As a grassroots initiative, our primary concern is that the concern and voices of all the rakyat are heard loud and clear, especially the voices of all Covid-19 frontliners who are increasingly burdened by the worsening pandemic. We clearly need a whole-of-society approach, and we must recognise our shared responsibility to drive bottom-up leadership.
If the authorities continue to act too slowly, we will organise mass protests (that do not involve mass gatherings, due to the Covid-19 situation) to pressure the relevant parties to implement the demands urgently.
We plan to announce the final list of demands later this week.
Jawatankuasa TINDAK! Faisal Aziz - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Badlishah Sham - Pertubuhan IKRAM Malaysia / Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) Nathaniel Tan - Projek #BangsaMalaysia Tan Yew Sing - Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) Grazele Jenarun - Projek #BangsaMalaysia S. Arutchelvan - Jaringan Rakyat Terindas (JERIT) / Jawatankuasa Marhain Altaf Deviyati - Projek Wawasan Rakyat (POWR) Tharma Pillai - Undi18 Mukmin Nantang - Borneo Komrad Farhan Rosli - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Video Sidang Media
https://www.facebook.com/PelanBertindakRakyat/videos/199195152152665
|