Saturday, 20 April 2024
Kampung Compass Points Current Affairs KENYATAAN AKHBAR HARI PEKERJA SEDUNIA 2022
KENYATAAN AKHBAR HARI PEKERJA SEDUNIA 2022 PDF Print E-mail
Sunday, 01 May 2022 11:42

 

KENYATAAN AKHBAR HARI PEKERJA SEDUNIA 2022
PARTI SOSIALIS MALAYSIA
PSM SARANKAN 7 TUNTUTAN PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA SEMPENA 1 MEI 2022


Parti Sosialis Malaysia (PSM) sehaluan dengan laungan Jawatankuasa Mei 1, 2022  “Jamin Perlindungan Sosial Pekerja” mendesak Kerajaan Ismail Sabri memberikan keutamaan kepada perlindungan sosial pekerja sempena Hari Pekerja 2022 ini.


PSM ingin membawa perhatian Kerajaan perkara-perkara berikut;

1. Walaupun PSM mengalu-alukan penetapan Gaji Minima baru sebanyak RM1500 oleh Putrajaya, tetapi kami juga kecewa apabila majikan yang mempunyai pekerja 4 dan kebawah diberi kelonggaran sehingga 2023. Kita juga khuathir sejauh mana perlaksanaan gaji minima RM1500 akan dipantau di peringkat akar umbi. Jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara harus bersedia untuk membuat pemantauan supaya majikan tidak  manupulasi perkiraan gaji pekerja untuk mengelakkan kenaikkan gaji minima.

 

2. Pasca era Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) Covid 19, kita masih menerima rungutan kehilangan kerja, pemotongan gaji dan elaun, dan peningkatan kadar pengangguran.  Peralihan untuk pemulihan ekonomi mengambil masa.  Sementara itu, Kami PSM menyarankan Kerajaan menyalurkan bantuan Jaminan Pendapatan Asas sebanyak  RM1000 sebulan/sekeluarga kepada mereka di sektor tidak formal, peniaga  persendirian kecil, peniaga bersifat mikro yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemic Covid 19.  Kami anggarkan peruntukan yang diperlukan jika skim ini dipanjangkan kepada 700,000 keluarga (10%), maka kita perlukan RM8.4 bilion setahun. Ini pasti akan membantu keluarga menepati keperluan harian seperti makanan, sekolah sekaligus menjana  pemulihan ekonomi tempatan.


3. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) perlu penambahbaikan segera agar ianya benar-benar menyediakan perlindungan social untuk warga pekerja. PSM mencadangkan penambahbaikan seperti berikut:


i) Liputan bantuan bencana PERKESO harus diperluaskan ke 24 jam dari skop sekarang yang terikat kepada waktu kerja dan masa pergi balik dari kerja. Ianya harus meliputi waktu kerja fleksibel dan norma  baru ‘work from home’ yang dipraktikkan sekarang.


ii) Skop liputan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) diperluaskan merangkumi pekerja kontrak tetap dan juga pekerja yang menfailkan kes mencabar pembuangan kerja tidak sah di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) atau tuntutan pemberhentian kerja di Jabatan Tenaga Kerja (JTK).


iii) Liputi semua pekerja dalam sektor pertanian komoditi, petani, pesawah, nelayan,  penjaja dan peniaga kecil di sektor tidak formal dalam perlindungan PERKESO agar mereka mendapat manfaat bantuan bencana kerja dan Skim Pembayaran Pencen Ilat.


4. PSM juga menyarankan hak pekerja gig harus diberi kepentingan serius. Golongan pekerja ini semakin meningkat bilangannya. Walaupun hubungan kerja adalah sama seperti majikan-pekerja, tetapi mereka dianiyayai dengan klasifikasi rakan kongsi perniagaan ‘partners’ atau ‘kontraktor bebas’ oleh syarikat platform ekonomi gig.


PSM menyeru Kerajaan mengiktiraf pekerja ekonomi gig ini sebagai pekerja yang dilindungi oleh Akta Kerja dan menikmati segala bentuk hak dan perlindungan asas seperti caruman KWSP, PERKESO, SIP dan sebagainya.


5. Statistik  jangka hayat rakyat Malaysia adalah sekitar 75 tahun untuk lelaki dan 80 tahun untuk perempuan. Ini mewujudkan satu kerisauan besar bagaimana golongan pesara ini akan menyara hidup selepas bersara pada umur 60tahun nanti.  KWSP memaklumkan sebahagian besar pencarum hanya ada simpanan menanggung kelangsungan hidup untuk 5 tahun sahaja  selepas persaraan. Kerajaan ada tanggungjawab untuk memastikan golongan warga emas yang telah menyumbang kepada ekonomi Negara terus hidup dengan bermaruah dan bukan dalam kemiskinan. PSM menyarankan suatu   Skim Pencen Warga Emas (melebihi umur 65 tahun) sebanyak RM500 sebulan bagi setiap pesara (tidak termasuk bekas penjawat awam yang menerima pencen tetap atau mana-mana pencen lain).

6. Sistem kontrak hasil polisi penswastaan khidmat asas Kerajaan sejak pertengahan 1990-an harus dihentikan segera kerana ianya jelas merampas  jaminan pekerjaan pekerja kontrak ini.  Pekerja-pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan di bangunan premis Kerajaan harus diserap segera sebagai pekerja tetap. Sistem kontrak hanya menghisap darah pekerja untuk menguntungkan kroni politik pemerintah.

7. Selaras dengan semangat penyatuan perjuangan pekerja sedunia, PSM mendesak agar pekerja migran dan pelarian yang menyumbangkan tenaga kerja signifikan kepada harus dilindungi dan dijamin hak mereka yang saksama. Kerajaan perlu melihat polisi komprehensif yang disarankan oleh “Right to redress coalition” untuk menanggani isu pekerja migran dan pelarian yang ditahan di kem tahanan.  untuk penghantaran balik secara paksa harus dibebaskan.

Kita tidak harus lupai sejarah Mei 1 dimana ramai bekerja telah mengorbankan nyawa mereka untuk manfaat yang kita menikmati hari ini seperti 8 jam kerja, satu hari cuti rehat dan lain-lain lagi. Jangan kita gadaikan pengorbanan itu, kita harus terus mara depan perjuangkan hak pekerja yang semakin hari merosot.

Dengan semangat dan laungan 7 tuntutan ini, PSM memobilisasi pekerja di tiga negeri hari ini – Perak, Penang dan Johor untuk menunjukkan suara pekerja kepada Kerajaan.

Sivaranjani M
Biro Pekerja PSM

 


Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Sunday, 01 May 2022 12:08
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.