Saturday, 20 April 2024
Kampung Compass Points Current Affairs Tukar kerajaan tak seperti tukar baju!
Tukar kerajaan tak seperti tukar baju! PDF Print E-mail
Friday, 28 April 2023 12:40

 

Tukar kerajaan tak seperti tukar baju

WONG CHIN HUAT | Sinar Harian | 27 April 2023


TUKAR baju boleh berlaku bila-bila masa. Kadangkala kita tukar baju kerana perlukan baju lain untuk aktiviti lain. Kadangkala kita tukar baju kerana berubah musim atau trend. Kadangkala kita tukar baju kerana gerak hati.

Paling biasa kita tukar baju kerana baju sudah basah dengan peluh atau kotor selepas berjam-jam dipakai.

Kerajaan tidak seperti menukar baju. Setiap kerajaan dalam demokrasi berparlimen seharusnya menerajui tampuk pemerintahan selagi Parlimen belum terbubar. Dan setiap Parlimen seharusnya melengkapkan tempoh penuhnya, jika di Malaysia selama lima tahun.
Parlimen dan kerajaan bukan tidak boleh ditukar lebih awal tetapi jika itu berlaku, ia perlulah kerana sebab yang munasabah.

Jika kerajaan sudah kehilangan keyakinan Parlimen, maka salah satu penyelesaian adalah pembubaran Parlimen untuk mengadakan pilihan raya baharu bagi mengetahui pihak mana mendapat mandat majoriti.

Malangnya, selama ini tiada seorang pun perdana menteri yang menghabiskan penggal kerajaan mereka walaupun tidak pernah kehilangan undi percaya. Mereka memilih masa paling menguntungkan parti untuk membubarkan Parlimen.

Akibatnya, rakyat disusahkan dengan tarikh pilihan raya yang tidak menentu. Malah, perancangan aktiviti ekonomi boleh terganggu kerana menteri dan dasar boleh diganti sebelum lima tahun kerana pilihan raya awal.

Sememangnya, kerajaan juga boleh ditukar tanpa pilihan raya jika ia kehilangan kepercayaan Parlimen atau perubahan kepimpinan dalam parti. Fleksibiliti itu adalah kelebihan demokrasi berparlimen dan bukan tidak demokratik.

Jika berlaku Parlimen tergantung, sama ada kerana keputusan pilihan raya seperti berlaku pada November lalu atau kerana perpecahan parti, maka pertukaran kerajaan di tengah penggal boleh menjadi absah di sisi demokrasi.

Namun, fleksibiliti itu bukanlah untuk disalahgunakan sehingga mewujudkan ketidakstabilan dan ketidaktentuan. Jika kita tukar kerajaan setiap enam bulan, siapa akan melabur di negara kita? Pelabur Malaysia juga akan melarikan modal mereka ke negara lain.
Maka, setiap kali parti-parti dan pemimpin-pemimpin politik mahu menukar kerajaan, kita perlu tanya – tukar kerajaan untuk maksud apa? Mesti ada alasan yang kukuh.

Kerajaan tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya kerana kos kerajaan baharu itu jauh lebih tinggi daripada baju baharu.

Pertukaran kerajaan di tengah penggal Parlimen hanya absah dan munasabah kerana berlaku perbezaan besar dalam polisi sehingga parti pemerintah atau kerajaan campuran berpecah.
Jika tidak berlaku perbezaan besar dalam polisi, pertukaran kerajaan semata-mata kerana mahu mengejar kuasa dan kedudukan ketua kerajaan serta menteri, ia adalah perbuatan yang merosakkan masyarakat dan ekonomi yang perlu ditolak oleh semua pihak.

Ingatlah bahawa jawatan kepimpinan adalah amanah yang akan menjadi beban jika pemimpin berkenaan tidak mampu memegangnya.

Jika ketamakan kuasa menyebabkan ekonomi tumbang, maka itu dosa dan jenayah terhadap rakyat serta negara.

Tidak kiralah kita menyokong parti yang mana, kita seharusnya menuntut parti pemerintah dan parti pembangkang bekerjasama serta menghormati antara satu sama lain selepas pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menamatkan dua perkara – pembubaran Parlimen awal dan plot tukar kerajaan di tengah penggal dengan membawa akta Parlimen penggal tetap.

Tetapkanlah bahawa Parlimen ke-15 hanya akan terbubar selepas genap lima tahun pada 18 Disember 2027. Tetapkanlah juga tarikh Pilihan Raya Umum ke-16. Bina jangkaan rakyat untuk memilih kerajaan baharu pada Februari 2028, bukan sekarang.

Dari Pitas dibawa kayu cengal,
Untuk dibina rumah di Kudat.
Biar Parlimen genapkan penggal,
Biar Kerajaan tunaikan mandat.

[ Pantun yang termasuk dalam manuskrip asal ]
* Profesor Wong Chin Huat ialah Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway

 


Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Friday, 28 April 2023 12:51
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.