Tuesday, 21 May 2024
Kampung A Relevant Life DEKLARASI HARI PEKERJA 2023
DEKLARASI HARI PEKERJA 2023 PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 01 May 2023 10:43

DEKLARASI MEI 1,2023

GAJI BERMARUAH, JAMINAN MAKANAN

Pasca Covid 19, walaupun ekonomi negara sedang pulih namun tidak dapat dinafikan  bahawa kos sara hidup rata-rata keluarga di Malaysia semakin tinggi. Pendapatan  yang rendah masih tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin  meningkat ini. Rakyat B40, terutamanya golongan pekerja, peniaga kecil, pelajar dan  penganggur telah terjejas teruk akibat kos sara hidup yang sangat tinggi. Isi rumah  merasai tekanan kenaikan kos sara hidup bukan sahaja apabila harga  meningkat, tetapi juga apabila pendapatan tidak meningkat pada kadar yang  sama.

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia Inflasi pada Feb 2023 adalah 3.7%.  Peningkatan ini didorong oleh kenaikkan harga makanan dan minuman bukan  alkohol (7%). Mengikut Laporan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,  RM75.54 billion import makanan dicatatkan tahun lalu berbanding RM63.59 billion pada tahun 2021 dan 55.4 bilion pada tahun 2020. Ini menunjukkan barangan makanan semakin banyak diimport dari luar negara tetapi pada masa yang sama di  Malaysia pekebun kecil, penternak dan petani diancam pengusiran.

Maka sempena sambutan Mei 1, 2023, kami mengetengahkan tuntutan-tuntutan  berikut:


A. HAK PEKERJA

1. Laksanakan Gaji Minima RM1500 mulai 1 Mei 2022 tanpa sebarang  penangguhan atau pemberian pengecualian kepada mana-mana Syarikat. 2. Laksanakan Skim Jaminan Pendapatan Asas sebanyak RM1000 sebulan bagi

pekerja di sektor tidak formal, pekerja persendirian berskala kecil, peniaga  bersifat mikro yang kehilangan punca pendapatan pada waktu ini. 3. Hapuskan sistem kontrak bagi pekerjaan tetap dan wujudkan pekerjaan  langsung samada di premis Kerajaan ataupun di swasta.

4. Mewujudkan Akta GIG demi menjamin kelestarian, kemampanan dan  kebajikan mereka sebagai Penggiat Industri GIG dengan penetapan kadar  upah yang adil, perlindungan keselamatan sosial yang setara atau lebih baik  seperti KWSP *I-Saraan, PERKESO SKSPS dan SIP dengan caruman di  wajibkan terhadap penggiat, syarikat dan kerajaan melalui kebersamaan  tanggungan caruman.

5. Luaskan skop liputan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) dimana syarat-syarat  seperti pekerja dalam kerja kontrak dikecualikan daripada faedah, pekerja  yang memfailkan kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) atau  Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dinafikan faedah dan lain-lain harus dihapuskan.

6. Laksanakan Skim Pencen RM 500 sebulan kepada yang berumur 65 tahun ke  atas untuk pekerja hidup bermaruah setelah bersara. Pengeluaran KWSP  pada masa kini bukan satu penyelesaian.

7. Laksanakan Skim Pencen Ilat untuk semua pekerja pertanian, petani, penjaja  dan peniaga kecil di sektor tidak formal.

8. Luaskan liputan PERKESO untuk 24 jam dan tidak terhad hanya waktu kerja  sahaja.

9. Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan  memperkasakan kesatuan sekerja. Pembentukan kesatuan sekerja harus  diutamakan untuk menjamin hak dan kebajikan pekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di negara ini.

10. Hak Orang Kurang Upaya (OKU) - Jaminkan hak bekerja OKU. Laksanakan  skim pekerjaan yang memberi peluang pekerjaan untuk OKU


B. KESIHATAN

Hak kesihatan kepada semua – Kerajaan harus meningkatkan dan memperkasakan  hospital kerajaan dengan diberikan lebih sumbangan wang supaya dapat kekal  memberikan perkhidmatan yang terbaik dan percuma kepada rakyat. Kerajaan juga harus membuat kajian untuk memiliknegarakan hospital kesihatan swasta untuk  memastikan rakyat Malaysia mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik dan memadai

C. PERUMAHAN

1. Hentikan pengusiran paksa – Kerajaan harus hentikan sebarang pengusiran  paksa penduduk dari tempat tinggal mereka

2. Perumahan selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap masyarakat  marhaen termasuk peneroka bandar, orang asal dan pekerja ladang. Skim  Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa  harus dilaksanakan.

D. PEKERJA MIGRAN DAN PELARIAN

1. Hak pekerja migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan  perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang  tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak  kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.

2. Hentikan tangkapan migran dan pelarian – Kerajaan harus hentikan sebarang  tangkapan atau penghantaran balik secara paksaan pekerja migran dan  pelarian dan memberikan jaminan kepada mereka supaya mereka tidak  mengelak diri dari mendapat rawatan kesihatan demi menjaga kepentingan  kesihatan untuk semua.

3. Iktiraf hak kerja bagi pelarian dan peminta suaka – Kerajaan harus memberi  hak kerja kepada pelarian di negara kita.

4. Laksanakan satu Dasar Komprehensif Nasional tentang Migrasi Buruh.


E. JAMINAN MAKANAN DAN KAWALAN HARGA BARANG

1. Kawal harga barang – Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan  keperluan harian dan kembalikan semula pemberian subsidi kepada rakyat  secara berkesan

2. Hak bertani dan jaminan makanan – Hentikan pengusiran petani dan penternak  dari tanah mereka. Iktirafkan dan berikan geran tanah kepada golongan petani  dan penternak yang telah lama bertani dan membekalkan hasil pertanian untuk  kegunaan tempatan demi menjamin keupayaan pengeluaran makanan  tempatan.


F. HAK ASASI MANUSIA

1. Kebebasan media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk  memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin  Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan. Seksyen 233 Akta  Komunikasi dan Multimedia yang menyekat kebebasan rakyat bersuara harus  dibatalkan.

2. Hak pelajar – Mansuhkan AUKU, Akta 174, PTPTN, PTPKN dan semua akta  yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa. Berikan pendidikan  percuma kepada semua pelajar, kanak –kanak migran dan pelarian.

3. Mansuhkan Akta POCA, POTA, SOSMA dan Akta Hasutan (1948) serta  segala undang-undang yang menindas rakyat dan kebebasan rakyat. Akta akta baru yang digubal harus ada konsultasi yang bermakna daripada pihak  NGO hak asasi dan tidak harus melanggar hak asasi manusia

4. Hak pekerja wanita – hentikan diskriminasi berasaskan gender dan orientasi  seksual di tempat kerja. Mansuhkan undang- undang, polisi dan tindakan  yang mengakibatkan diskriminasi sedemikian. Gubal Akta Kesamarataan  Gender (Gender Equality Act).

5. Hak kanak-kanak – Lindungi dan tunaikan hak kanak-kanak mengikut  Konvensyen Hak Kanak-Kanak Sedunia (CRC)


G. PENSWASTAAN

Hentikan penswastaan perkhidmatan asas – Air, elektrik, kesihatan,  pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan.  Ianya satu perkhidmatan asas yang harus disediakan oleh kerajaan untuk  rakyatnya.


H. ORANG ASLI/ASAL

Iktirafkan Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal  serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal/Asli di Malaysia (Semenanjung,  Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah  berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal/Asli.


I. ALAM SEKITAR

1. Isytiharkan darurat iklim dan segerakan pembentukan Pelan Adaptasi  Nasional. Peruntukan untuk tingkatkan kemudahan dan kapasiti dalam  kalangan masyarakat, terutama untuk komuniti terpinggir, agar bersedia  menghadapi ancaman kesan krisis iklim seperti kenaikan paras laut,  banjir, kemarau, gelombang panas dan lain-lain lagi.

2. Hentikan projek-projek yang memudaratkan alam sekitar serta kesihatan  rakyat Malaysia seperti perlombongan bauksit, nadir bumi, pembinaan  insinerator, loji nuklear dan lain-lain. Hentikan penambakan laut,  penebangan hutan, projek-projek di kawasan sensitif alam sekitar,  pembangunan di lereng bukit.

3. Hentikan pengimportan sisa yang akhirnya dibuang atau dibakar secara  terbuka, dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar dan menjejaskan  kesihatan awam. Utamakan kawalan dan pencegahan pencemaran.

4. Hentikan pembakaran tanah perladangan, dan pembalakan.  5. Tingkatkan usaha pemuliharaan dan perlindungan hutan, paya bakau,  pengurusan sungai, pencegahan dan penebatan banjir, dan pastikan  bekalan air yang bersih dan mencukupi.

6. Gunakan tenaga alternatif yang boleh diperbaharui, yang bersih dan  murah.


ENDORSEMENT:

  1. Persahabatan Semparuthi
  2. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  3. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  4. Advocacy against Death Penalty Asia Network (ADPAN)
  5. GEM
  6. Gabungan Marhaen
  7. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly (KLSCA)
  8. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  9. Sisters in Islam (SIS)
  10. People Like Us Support Ourselves (PLUSOS)
  11. Imagined Malaysia and Jentayu (Formerly Malaysia Muda)
  12. Jawatankuasa Peniaga Uniten (JPU)
  13. Pertubuhan Aliran Malaysia (ALIRAN)
  14. Union Network International - Malaysian Liaison Council (UNI-MLC)
  15. Kesatuan Sekerja Pengawal Keselamatan Seluruh Malaysia (KESPA)
  16. Academy of Tamil Studies (ATS)
  17. Malaysian Dravidian Association (MDA)
  18. Group of Concerned Citizens (GCC)
  19. Klang Consumer Association (KCA)
  20. Thiruvalluvar Nanneri Mayam Cameron Highlands
  21. Malaysia Tamil Neri Kalagam
  22. Centre of Education. Research and Development (CEDAR)
  23. Indian Malaysian Active Generation (IMAGE)
  24. Persatuan Pembaca Tamil Klang
  25. Seremban Tamilar Sangam
  26. Johor Tamizhar Sangam
  27. Child Development Initiative (CDI)
  28. Sure, Our Journey
  29. Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH)
  30. Beyond Borders
  31. Persatuan Aktivis Sahabat Alam Malaysia (KUASA)
  32. Tanah Perkuburan Tamil (Hindu/Kristian) Petaling Jaya
  33. Gabungan Petani dan Penternak Perak (GAPETA)
  34. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET)
  35. Plantation Resource Centre (PRC)
  36. Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)
  37. Kesatuan Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Hospital Kerajaan (NUWHSAS)
  38. Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
  39. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  40. Parti Hijau Malaysia (Green Party of Malaysia)
  41. National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers
  42. KRYSS Network
  43. Life Under Umbrella
  44. GSKL
  45. Justice For Sisters
  46. People Like Us Hang Out (PLUHO)
  47. Persatuan RAPAT Aman Malaysia (RAPAT)
Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Monday, 01 May 2023 10:50
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.