Friday, 29 March 2024
Kampung Compass Points Current Affairs Tetapkan PRU16 pada Februari 2028
Tetapkan PRU16 pada Februari 2028 PDF Print E-mail
Friday, 05 May 2023 15:03

 

 

Tetapkan PRU16 pada Februari 2028

 

WONG CHIN HUAT | Sinar Harian | 04 Mei 2023

KOLUM saya pada minggu lepas telah menunjukkan bahawa kerajaan tidak boleh ditukar kerap seperti baju kerana kita sanggup menampung kos ketidaktentuan dan ketidakstabilan politik.

Pelabur akan mengelakkan Malaysia kalau mereka tidak tahu berapa lama Perdana Menteri, menteri-menteri dan dasar-dasar mereka akan bertahan.

Minggu ini saya ingin menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan tekad politik beliau untuk menamatkan ketidakstabilan politik dengan Akta Penggal Tetap untuk Parlimen ke-15 (APTP15) untuk diluluskan ketika sidang Parlimen pada Jun, sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Akta ini akan menetapkan bahawa Parlimen ke-15 terbubar pada larut malam 18 Disember 2027 menggenapi lima tahun seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Perdana Menteri hanya boleh memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pembubaran awal dalam dua keadaan saja iaitu pertama, kerajaan sudah kehilangan undi keyakinan atau belanjawan; kedua, pembubaran awal disokong oleh dua pertiga ahli Parlimen, tak kira apa sebab.

Ingin ditegaskan di sini bahawa ia tidak langsung menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong dan oleh itu tidak perlu meminda Perlembagaan Persekutuan.

Pengaturan default Perlembagaan ialah untuk kerajaan dan Parlimen berlangsung lima tahun dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk tidak perkenan di bawah Perkara 40(2)(b) adalah untuk memastikan default ini terpelihara jika permohonan pembubaran awal oleh Perdana Menteri itu tidak menguntungkan rakyat.

Jadi, APTP15 ini mengikat tangan Perdana Menteri kepada dua keadaan tersebut dan sebenarnya memindahkan kuasa memohon pembubaran awal ini kepada majoriti mudah atau majoriti dua pertiga di Parlimen.

Jika Parlimen ke-15 terbubar secara automatik selepas 18 Disember 2027, maka PRU16 mesti berlaku dalam tempoh 60 hari mengikut kehendak Perlembagaan iaitu selewat-lewatnya 16 Februari 2028. APTP15 boleh menetapkan bahawa PRU16 akan berlaku pada Februari untuk mengukuhkan rasa ketentuan dalam politik.

Bagaimana ini boleh mengurangkan ketidaktentuan malah menamatkan ketidakstabilan di Malaysia? Bukankah PRU16 masih boleh dipanggil awal jika kerajaan hilang majoriti? Bukankah kerajaan masih boleh ditukar dengan kombinasi gabungan lain tanpa pembubaran Parlimen?

‘Keajaiban’ akta ini ialah ia boleh memulakan satu ‘jangkaan yang akan ditetapkan sendiri’ (self-fulfilling prophecy). Dengan penggubalan APTP15 ini, kebanyakan rakyat Malaysia membuat persediaan psikologi bahawa PRU16 akan berlaku pada Februari 2028. Kalau kita nak tukar kerajaan, tukarlah 57 bulan daripada sekarang.

Sebarang plot untuk menjatuhkan kerajaan tidak boleh berlaku secara ‘terkejut’ atau ‘serang hendap’ (ambush).

Kalau ini menjadi normal dan norma baharu dalam politik tanah air, dan diterima oleh kebanyakan pengundi tak kira parti dan gabungan mana yang mereka sokong, maka konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan tanpa asas munasabah akan ditolak ramai dan tidak mungkin berjaya.

Rakyat akan marah kalau PRU16 atau pertukaran kerajaan berlaku secara kilat kerana perancangan mereka dalam kehidupan dan perniagaan akan semuanya terganggu.

Akan tetapi, ‘terkejut’ dan ‘serang hendap’ adalah normal dan norma politik Malaysia daripada dahulu sampai sekarang. Kuasa Perdana Menteri untuk memohon pembubaran awal pada bila-bila masa – biasanya tidak akan dinafikan perkenan – adalah senjata ‘terkejut’ dan ‘serang hendap’ yang paling lumrah digunakan.

Bagaimana kerajaan boleh mengecam taktik ‘terkejut’ dan ‘serang hendap’ apabila kerajaan sendiri masih boleh memainkan senjata yang sama?

APTP15 ini paradigma baharu.
Saji Selera di Restoran Nyonya
Udang Galah dari Teluk Kumbar
Berperang berdamai ada musimnya
Ingin kuasa pun kenalah sabar
[ Pantun yang termasuk dalam manuskrip asal ]

* Profesor Wong Chin Huat ialah Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway

 

 


 

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Friday, 05 May 2023 15:11
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.