Friday, 23 February 2024
Kampung Compass Points Current Affairs A NEW POLITICAL CULTURE......
A NEW POLITICAL CULTURE...... PDF Print E-mail
Monday, 31 July 2023 11:08

 

PSM-Muda pact: A new political culture for Malaysia


We should move towards a culture where the political leader is a friend, teacher and, most importantly, enabler who empowers the people

 

 

 

Full article at link below...

 

https://aliran.com/thinking-allowed-online/a-new-political-culture-for-malaysia

 

 

BM Translation below...

 

 

Budaya politik baharu untuk Malaysia

 

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj

Adanya beberapa orang telah bertanya pada saya mengenai apa yang saya maksudkan, dalam sidang akhbar pengumuman kerjasama pilihan raya antara Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada 15 Julai 2023, apabila saya berkata bahawa PSM dan MUDA akan cuba memperkenalkan budaya politik baharu di Malaysia. Dengan Pilihan Raya Negeri semakin hampir dan suhu politik yang semakin meningkat, ini adalah masa yang baik untuk menggariskan ciri-ciri utama budaya politik baharu yang cuba dipromosikan oleh PSM ini.

Aspek yang pertama ialah komitmen untuk tidak memanipulasi pengundi-pengundi dengan mempergunakan ketakutan dan kerisauan mereka untuk meraih undi. Malangnya, ini sedang dilakukan oleh kedua-dua gabungan parti politik utama. Hujahan utama Perikatan Nasional (PN) adalah Pakatan Harapan (PH)/DAP sedang cuba menggugat kedudukan masyarakat Melayu dan agama Islam di Malaysia. Para propagandis PN berhujah bahawa adalah amat penting untuk orang Melayu mengundi PN demi melindungi kaum dan agama mereka. Di pihak yang satu lagi, PH sedang mengheboh-heboh tentang “Gelombang Hijau” yang mana, menurut PH, sedang mengancam untuk “menTalibankan” Malaysia. Jadi, menurut para propagandis PH, adalah begitu penting untuk memastikan bahawa rakyat mengundi PH dan sekutunya dalam Kerajaan Perpaduan, Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua gabungan – PN dan PH-BN – memburuk-burukkan satu sama lain, mewujudkan ketakutan dan salah tanggapan, membawa pengikut-pengikut mereka semakin menjauhkan diri satu sama lain, meninggalkan luka dalam jiwa negara kita – luka yang tidak akan hilang secara senyap-senyap selepas kegiatan berpolitik untuk pilihan raya tamat pada 12 Ogos 2023.

Naratif utama yang dipromosikan oleh kedua-dua PN dan PH adalah mewujudkan budaya politik toksik yang memperhebatkan ketegangan antara etnik. Terdapat risiko besar bahawa strategi ini akan keluar dari kawalan dan membawa kepada persengkataan masyarakat awam. PSM mengkehendaki semua calonnya untuk mengangkat sumpah supaya tidak menggunakan hujah berbaur perkauman dalam kempen mereka. Sebagai ahli politik, kita mempunyai tanggungjawab untuk memperkukuhkan komunikasi antara etnik dan keharmonian. Kita harus peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh komuniti yang berbeza dalam masyarakat kita dan merangka dasar-dasar serta program-program untuk mengatasinya. Kita perlu menyantuni dan bersikap penyayang terhadap “orang lain”.

Kerjasama antara etnik boleh digalakan dengan memfokus pada program-program yang bermanfaat kepada warga Malaysia biasa dari semua latar belakang etnik, misalnya, satu jaringan perlindungan sosial untuk semua, memulihkan alam sekitar, memperkukuhkan sistem kesihatan kita, menjamin pekerjaan untuk semua orang yang hendak bekerja, dan sebagainya. Bekerjasama dalam isu-isu ini akan mewujudkan peluang untuk memahami satu sama lain dengan lebih baik dan menggalakkan dialog mengenai isu-isu ini dan isu-isu lain yang sedang dihadapi oleh negara kita.

Aspek utama yang kedua budaya politik baharu ini adalah berhubungkait dengan yang pertama. Kita perlu membangunkan pemahaman yang lengkap dan betul terhadap sifat masalah yang sedang dihadapi negara. Negara kita ialah sebuah negara yang agak kecil dalam ekonomi kapitalis globalisasi yang didominasi oleh syarikat-syarikat besar yang membuli syarikat-syarikat kecil serta kerajaan-kerajaan. Ini telah membawa kepada penekanan gaji secara besar-besaran di Malaysia dan suluruh Dunia Ketiga. Peningkatan dalam produktiviti pekerja sepanjang 50 tahun yang lalu telah mendatangkan keuntungan lumayan kepada syarikat-syarikat yang berada di puncak rantaian bekalan global manakala banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berada di peringkat pertengahan rantaian bekalan bersusah payah untuk mengekalkan kemampuan bayar, dan pendapatan sebenar pekerja-pekerja dan petani-petani kecil kekal rendah (sebenar = dilaraskan mengikut inflasi). Orang ramai dibelenggu dengan hutang dan banyak orang marah kerana sistem itu tidak berfungsi untuk mereka.

Kerajaan-kerajaan menghadapi kesukaran untuk mengutip hasil, kerana pemilik-pemilik modal yang paling besar mempunyai pilihan untuk memindahkan sumber-sumber kewangan mereka ke negara-negara yang lebih “mesra perniagaan”. Hasil kerajaan Malaysia telah semakin menurun dari lebih kurang 30% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1980-an ke 15% daripada KDNK sekarang ini kerana kerajaan telah mengurangkan kasar cukai korporat secara berperingkat sebagai usaha mengekalkan untuk mengekalkan modal di dalam negara. Kekangan fiskal yang terhasil itu menyukarkan kerajaan Malaysia dalam memberi komitmen untuk memperluaskan perlindungan sosial atau mengambil langkah-langkah yang lebih berani untuk beralih kepada tenaga hijau dan melakukan mitigasi perubahan iklim.

Realiti ini harus diakui, dan strategi yang realistik untuk bekerja dalamnya untuk jangka pendek, dan mengatasinya dalam jangka panjang, harus dirumuskan. Sudah tentu tidak mencukupi untuk menganggap bahawa segala-galanya akan dapat diselesaikan jika kita mengurangkan korupsi – walaupun ia ialah satu matlamat yang penting dan perlu. Adalah juga salah untuk menganggap bahawa segala-galanya akan dapat diselesaikan jika pemimpin-peminpin politik kita adalah lebih berintegriti. Ya, memang kita memerlukan ahli-ahli politik yang jujur dan bersih, tetapi mereka harus mempunyai pemahaman yang betul terhadap dunia kompleks yang kita diami dan mempunyai satu set dasar yang komprehensif dan konsisten secara dalaman walaupun sebelum mereka memegang jawatan.

PSM sedang membentuk satu set dasar yang koheren untuk menangani masalah-masalah ekonomi utama yang sedang dihadapi Malaysia. Kami melakukan ini melalui perundingan dengan organisasi-organisasi masyarakat sivil, aktivis-aktivis, ahli-ahli akademik dan lain-lain lagi. Kami percaya bahawa masalah-masalah yang dihadapi Malaysia, walaupun mustahak dan kompleks dalam banyak aspek, sudah tentu bukannya tidak boleh diatasi.

Namun, masalah-masalah ini perlu difikirkan dengan baik dan mempunyai strategi yang realistik untuk menangani mereka. Kami berhasrat untuk menyumbang kepada pembinaan sebuah gerakan politik yang mahir dalam strategi ini.

Aspek ketiga budaya politik baharu ini ialah komitmen untuk memastikan bahawa demokrasi tidak digulingkan oleh golongan yang kaya dan berkuasa. Perkara ini telah pun berlaku di banyak negara “demokratik” di seluruh dunia. Syarikat-syarikat korporat besar mempunyai pengaruh yang terlalu banyak terhadap pemimpin-pemimpin yang dipilih secara demokratik. Gerakan politik kita harus menerima realiti bahawa untuk tempoh perantaraan (10 hingga 30 tahun), perkara yang terbaik untuk banyak negara di seluruh dunia, adalah mempunyai sebuah kerajaan yang terdiri daripada golongan sosialis yang berkomitmen untuk menguruskan sebuah negara yang diintegrasikan ke dalam ekonomi kapitalis global.

Salah satu daripada perhatian utama gerakan kita adalah untuk memastikan bahawa tidak berlakunya “penawanan korporat” terhadap pemimpin-pemimpin politik. Berikut ialah beberapa langkah yang perlu kita lakukan:

Pembiayaan awam untuk parti politik dan had ke atas dana yang boleh diberikan oleh syarikat korporat atau individu yang kaya.

Pengisytiharan harta tahunan oleh ahli-ahli politik yang memegang jawatan awam.

Undang-undang yang memperuntukkan penyiasatan dan pendakwaan terhadap ahli-ahli politik yang mengumpul lebih banyak kekayaan berbanding apa yang boleh diperjelaskan oleh pendapatan rasmi mereka.

Pengwujudan lebih banyak mekanisme semak-dan-imbang dalam pentadbiran negara kita. Misalnya, kuasa untuk memberikan hak milik tanah kerajaan pada masa ini adalah terlalu tertumpu dalam tangan Menteri Besar atau Ketua Menteri sesebuah negeri. Perlu adanya undang-undang yang menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas untuk mengawasi pemberian hak milik tanah. Jawatankuasa ini harus mempunyai kuasa untuk menghentikan sebarang keputusan untuk memberi hak milik tanah, sehingga ia dibincangkan dan menjalani pengundian dalam dewan perundangan.

Had penggal 10 tahun untuk jawatan Menteri Besar dan Perdana Menteri.

Keperluan bahawa bakal calon yang bercita-cita untuk memegang jawatan ahli parlimen perlu bersetuju untuk dipantau oleh sebuah jawatankuasa penyemak dalam parti berkenaan dengan pengumpulan kekayaannya.

Kita harus beralih daripada budaya politik semi-feudal pada masa kini di mana pemimpin itu adalah bos yang mengedarkan “hadiah” – pilih kasih, kontrak dan pemberian sedekah – dan seseorang yang tidak boleh dipersoalkan oleh orang bawahan atau konstituennya, kepada budaya di mana pemimpin politik itu adalah seorang kawan, seorang guru dan paling penting, seorang pendaya yang membina keupayaan rakyat biasa untuk memahami keadaan mereka dan memperkasakan mereka untuk memainkan peranan aktif dalam menjadikan kehidupan mereka lebih baik. Kami sedang dalam proses menghimpunkan dan membina pemimpin-pemimpin yang tidak melihat politik sebagai batu loncatan untuk kekayaan diri, tetapi sebagai peluang untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.
==========
Dr. Jeyakumar Devaraj ialah Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM).

 

 



















 

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Wednesday, 02 August 2023 16:11
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.