Sunday, 14 April 2024
Kampung Compass Points Current Affairs Menanti detik bebas 12 June 2010
Menanti detik bebas 12 June 2010 PDF Print E-mail
Sunday, 13 June 2010 12:45

abm-logo-ISA2

By Merah Hitam

 

"12 June nanti, kita makan malam kat luar tepat jam 12 malam..." kata Mat Sah @ Abah Suhaib.Aku hanya memerhatikan beliau dengan senyum tawar.....


12 June ini, Mat Sah akan cukup 8 tahun di tahan dibawah ISA dan beliau sepatutnya dibebaskan sepenuhnya dari akta tersebut. Ramai yang bertanya, BUKANKAH MAT SAH TELAH DIBEBASKAN?


Ya, beliau memang telah dikeluarkan dari Kem Kamunting,tetapi segala peraturan di Kem itu masih perlu diikuti walaupun beliau kini sudah berada di rumah sendiri.


1- Beliau mesti lapor diri setiap hari Isnin.

2- Beliau akan ditanya dengan siapa berkawan, adakah beliau masih berhubung dengan kawan-kawan yang pernah kena ISA.

3- Beliau kena berada dirumah sebelum jam 9 malam.

4- Tidak boleh keluar daerah dari kawasan rumah kami di Taman Malewar, kecuali denganizin ketua polis Selangor. Contohnya: Jika beliau ingin mendengar ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Selayang, beliau mesti mendapat izin dari KP Selangor, dan jawapan diperolehi dalam masa dua minggu.


Sebagai manusia, beliau juga teringin untuk bercuti di luar K.L, ingin keluar makan-makan waktu malam, ingin mendengar ceramah, ingin menghadiri kenduri kaahwin dsb. Tetapi siapa yang sanggup, setiap kali ingin keluar daerah, semuanya mesti dimaklumkan pada polis?


Namun... nasib beliau agak baik siket dari teman se Kem iaitu Samsudin Sulaiman yang masih ditahan di Kem Kamunting hingga kini. Beliau yang sudah kehilangan pekerjaan, turut kehilangan isteri, yang memohon cerai sejak empat tahun lalu. Anak-anak juga turut malu hendak mengakui beliau sebagai bapa kerana tuduhan "pengganas Islam" itu terlalu sukar untuk di buang, tambahan pula Samsudin telah sekian lama tidak meberi apa-apa nafkah kepada mereka...


Apa lagi agaknya si Penguasa ISA mahukan dari Samsudin? Belum puaskah mereka dengan dosa-dosa menahan beliau tanpa bicara selama lapan tahun?


Kepada selutruh rakyat yang membaca kisah ini, doakanlah agar kedua-dua mereka segera di bebaskan sepenuhnya dari akta zalim itu dan doakanlah juga supaya Allah hancur semua penzalim-penzalim itu. Ameen.

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Sunday, 13 June 2010 12:57
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.