SABM mengutuk komen rasis Pengetua Sekolah |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by straits-mongrel |
Saturday, 21 August 2010 07:54 |
SABM MENGUTUK KOMEN RASIS OLEH PENGETUA SEKOLAH 1. Kami berasa marah terhadap kenyataan rasis yang disyaki telah dikeluarkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra di Kulai, Johor. 2. Kami terperanjat dan kesal bahawa kenyataan penuh bisa seperti itu, telah keluar dari mulut seorang pendidik yang digalaskan tanggungjawab untuk membentuk perwatakan serta peribadi Anak–Anak Bangsa Malaysia. Apa yang lebih menyedihkan adalah kenyataan tersebut dibuat oleh Pengetua bagi sebuah sekolah yang menggunakan nama Bapa Malaysia! 3. Kami berasa sedih bahawa kenyataan tersebut, jika terbukti benar, bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukunegara yang telah di lafazkan oleh generasi demi generasi pelajar sekolah sejak 40 tahun dahulu.
4. Kami mengutuk tindak-balas awal Kementerian Pendidikan yang kelihatan amat bersahaja dan tidak mengambil kira perasaan dan sensitiviti masyarakat, di mana Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa kejadian tersebut hanyalah satu 'salah faham' yang timbul akibat 'masalah komunikasi'. 5. Kami mengambil maklum, setelah reaksi serta tindak-balas oleh masyarakat umum, pihak Kementerian telah mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk menyiasat kejadian tersebut. 6. Kami mengalu-alukan langkah ini dan berharap Jawatankuasa Khas tersebut akan menjalankan siasatan yang adil, telus serta terperinci dan laporan jawatankuasa tersebut boleh diteliti oleh pihak awam. Kami menyeru pihak Kerajaan untuk mengambil tindakan segera bagi melaksanakan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas tersebut. 7. Kami menyeru setiap warganegara Malaysia untuk menyampaikan pesanan yang jelas bahawa kita sebagai masyarakat yang sivil dan bertamadun, tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk diskriminasi perkauman yang dilihat agak ketara sejak kebelakangan ini. Saya Anak Bangsa Malaysia [SABM] Kuala Lumpur 20 Ogos 2010
Statement in English: SABM CONDEMNS ALLEGED ‘RACIST’ REMARKS BY SCHOOL PRINCIPAL 1. We are outraged by the alleged ‘racist remarks’ made by the Principal of Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra in Kulai, Johor. 2. We are appalled that such venomous bigotry has emanated from an educator entrusted with shaping the character of our Anak Bangsa Malaysia. It is equally distressing to note that she is the head of the school that carries the name of our beloved Bapa Malaysia! 3. We are saddened that the alleged remarks, if proven true, goes against the very precepts of the Rukunegara that generations of school children have religiously recited for the past 40 years. 4. We condemn the initial cavalier response of the Ministry of Education in representing the alleged incident as a ‘misunderstanding’ arising from ‘miscommunication.’ 5. We note that after widespread public outcry the Ministry has now established a Task Force to investigate the incident. 6. We welcome this move and hope that the Task Force will conduct a full, fair and transparent investigation and the report will be made public. We call upon the Government to take expeditious action in implementing the recommendations of the said Task Force. 7. We call upon all Malaysians to send a clear and unequivocal message that we as a civilised society will not condone any form of racism, which seems to have reared its ugly head in recent times in our beloved land. Saya Anak Bangsa Malaysia [SABM] Kuala Lumpur 20 AUGUST 2010 |
Last Updated on Saturday, 21 August 2010 08:23 |