Friday, 29 March 2024
Kampung In Focus Sebuah cerita kemiskinan

Kaca Mata

Sebuah cerita kemiskinan PDF Print E-mail
Tuesday, 01 January 2013 21:33

disparityOleh Amanda Leonie

Hasil terbitan PROJEK DIALOG


BEGITU banyak yang ditulis di sejarah mengenai orang-orang penting atau tamadun tamadun yang penting. Bagaimana putera dan raja berjaya menawan sebuah negara, dan bagaimana kaya dan berkuasanya pemimpin sebuah negara. Tetapi sejarah sebenar manusia iaitu sejarah penderitaan jarang sekali ditulis. Bagaimana pula dengan penderitaan seharian orang yang ditindas ketika seorang raja memulakan pemerintahannya. Atau pekerja yang tewas ketika pembinaan bangunan mencakar langit. Orang yang miskin secara praktikalnya tidak ada jalan keluar daripada kemiskinan mereka. Kesengsaraan mereka boleh dilihat dalam bentuk kekecewaan, rasa bersalah dan kebimbangan. Mereka rasa kecewa kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan diterima sebagai golongan orang-orang yang harus dihormati. Apa yang mereka inginkan hanyalah harga diri, tapi inilah yang dinafikan mereka. Dan orang yang tidak menganalisis dengan mendalam sering berkata mereka miskin kerana mereka malas. Ternyata terdapat banyak kontradiksi dengan pernyataan itu kerana sebenarnya terdapat satu sistem berstruktur yang membuatkan orang menjadi miskin, tertindas dan dipinggirkan.


Kemiskinan terdapat banyak muka, ia boleh dikenali sebagai miskin secara ekonomi, miskin secara budaya yang melibatkan Orang Asal dan golongan minoriti yang didiskriminasikan, penindasan terhadap wanita, dan juga penindasan terhadap bumi dimana ia diserang dengan tidak adil dan dieksploitasi secara sistematik. Kemiskinan bukan sesuatu yang semulajadi tapi ia dihasilkan. Itulah sebabnya kenapa golongan miskin dieksploitasi dan semakin miskin. Mereka tidak dianggap sebagai manusia, kerana harus mencapai objektif proses eksploitasi yang dikenali sebagai ekonomi, politik, ekologi dan budaya. Kemiskinan ialah hasil daripada struktur sosial yang opresif dimana mereka dimiskinkan oleh orang lain yang mendapat faedah daripada sistem ekonomi yang tidak adil. Maka struktur ini dengan sistematiknya akan mengeksploitasi dan pinggirkan orang dan menjadikan mereka miskin. Itulah mengapa ada ekspresi kaya semakin kaya, miskin semakin miskin.

 

*Untuk cerita selanjutnya klik sini

 

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Tuesday, 01 January 2013 21:44
 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.