Hari Bertindak Menyelamatkan Kampung Orang Asli Pos Lanai Print
Written by admin   
Saturday, 21 August 2021 12:47

 

Hari Bertindak Menyelamatkan Kampung Orang Asli Pos Lanai – 23HB .OGOS,2021


 

 

Isunya

Ingat lagi perjuangan Orang Asli Semai Pos Lanai yang membantah Empangan Telom ? Kini walaupun projek empangan itu telah dibatalkan pada tahun 2018, kini satu lagi ancaman menanti komuniti Orang Asli Pos Lanai  - iaitu PROJEK PERLOMBONGAN LANTHANIDE NADIR BUMI dikawasan Kampung mereka dan Hutan Simpanan Kekal Ulu Jelai Daerah Kuala Lipis, Pahang .

Apa itu Lanthanide? Ia sejenis mineral seperti yang diproses di Lynas dulu. Tetapi berbeza dengan Lynas, ianya kini dilombong terus dikawasan Hutan Simpanan Kekal dan kawasan Orang Asli.

Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan projek ini, dan kini sykt lombong sedang berusaha meluluskan EIA dengan segera.

Maka – KITA PERLU BERTINDAK SEKARANG!

Dewan Negeri Pahang yang akan berlangsung dari  23hb.Ogos, 2021 nanti , kami meminta semua rakan melakukan kempen media social dengan ;

PERTAMA

Sila hantar mesej ini kepada YB2  ADUN Kerajaan Negeri Pahang dengan segera hai ini bermula jam 10 pagi pada 23hb.Ogos, 2021

KEDUA

Share website kempen  untuk maklumat lanjut isu .

https://saveposlanai.wixsite.com/website

Jangan lupa juga sign petition dan edarkan kepada semua .
https://www.change.org/p/menteri-ketsa-mb-pahang-selamatkan-orang-asli-pos-lanai-daripada-perlombongan-lanthanide

Terima kasih
Jkuasa Bantah Lombong Lanthanide Selamatkan Pos Lanai .
H/P: 0102580455

 

 

Comments
Search RSS
Only registered users can write comments!
Last Updated on Saturday, 21 August 2021 12:55